Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera….
Bertemu kita lagi dalam jurnal terbaru minggu ke-5. Rasa sedih bersarang dalam minda tatkala jurnal minggu 4 tidak sempat disiarkan, walaubagaimanapun post terbaru perlu diteruskan. Kelas pada hari isnin lalu begitu menyeronokan walaupun kondusi kesihatan saya tidak menentu ketika itu. Walaupun kurang sihat tetapi masih lagi dapat mengikuti pelajaran hari itu yang berfokuskan kepada tajuk Gamelan dan Caklempong. Objektifnya terbahagi kepada dua tetapi masih dalam bidang yang sama iaitu sejarah dan jenis-jenis gamelan dan caklempong, alat muzik gamelan dan caklempong serta sistem tornal, melodi, bentuk dan sturtur bagi gamelan dan caklempong. Hampir sama tetapi amat berbeza muzik tersebut.
Gamelan terbahagi kepada dua iaitu gamelan jawa dan gamelan melayu. Gamelan jawa bermaksud dipukul atau ditabuh kerana alatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan perkusi. Gamelan melayu pula lebih dikenali sebagai gamelan Terengganu dikategorikan sebagai Muzik Bentuk Tarian Utama. Pada asalnya gamelan Jawa dibawa masuk ke Pahang tetapi berpindah ke Terengganu dengan ikatan perkahwinan antara keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Bendahara pada awal abad ke-20. Identiti muzik gamelan jawa dan Terengganu berbeza dari segi penciptaan lagu baru dan sisitem tuning, instrumentasi serta melodi yang dihasilkan. Alat muzik yang digunakan pada gamelan melayu ialah gong ageng, gong suwuk, kenong, saron barun dan peking, gambang dan gendang manakala gamelan jawa menggunakan 9 alatan iaitu gendang, bonang/keromong, demung, saron barung, saron penerus/pekin, gambang, kenong, kempol dan gong. Gamelan jawa banyak digunakan untuk mengiringi Riong, Barungan dan Kuda Kepang.
Perbezaan dan persamaan gamelan Jawa dan gamelan Terengganu ialah:
Gamelan Terengganu/melayu
Gong Mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu
Gong kempol terdapat sesetangah lagu di mana gong kempol dimainkan pada detik pertama Contohnya, lagu Lenggang Kangkung dan detik keempat pada dua gatra akhir lagu, contohnya lagu Timang Burung. Dalam permainan
Kenong Dimainkan pada detik keempat setiap gatra.
Bonang barong Digunakan untuk membuka lagu dan memainkan melodi
Bonang penerus memainkan melodi seperti Bonang Barong. Bonang Penerus boleh juga dimainkan secara harmoni bersama Bonang Barong dengan cara membuat improvisasi irama dan melodi.
Peking alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada tanduk haiwan berbentuk penukul . Saron Penerus diketuk secara gandaan dan biasanya memainkan not kuaver.
Saron demung Memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada kayu berbentuk penukul
Gambang Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf , contohnya 1 dan i, 2 dan 2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang memainkan not kuaver
Gendang Gendang adalah alat yang dimainkan untuk mengawal tempo lagu dan dipukul dengan menggunakan dua tapak tangan
Gamelan Jawa
Mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu
gong kempol dimainkan pada detik kedua pada gatra kedua akhir sebelum gong menghabiskan satu pusingan lagu.
Dimainkan pada detik keempat setiap gatra.
Dimainkan untuk membuka lagu dan dimainkan bagi detik pertama dan ketiga dalam setiap gatra, mipil dan gembiang
memainkan not sinkopasi (up-beat),secara ‘call and respon’ (soal jawab) kepada Bonang Barong
alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada tanduk haiwan berbentuk penukul . Saron Penerus diketuk secara gandaan dan biasanya memainkan not kuaver.
Dimainkan pada detik kedua dan keempat
Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf , contohnya 1 dan i, 2 dan 2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang memainkan not kuaver
Gendang adalah alat yang dimainkan untuk mengawal tempo lagu dan dipukul dengan menggunakan dua tapak tangan
Caklempong
Dikenali sebagai telempong, tak lempong dan telempong. Terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu Negeri Sembilan. Asal caklempong ialah Minangkabau di mana ia digunakan untuk mengiringi nyanyian, tarian lilin, majlis perkahwinan dan keramaian serta tarian randai.
Alat muzik caklempong terdiri daripada:
gereteh- 15 biji bonang yang disusun dalam C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan.
tingkah- Terdiri daripada 8 biji bonang yang bermula dari not E,F,G,A,Bb,B,C dan D
Sauwa/saua- 8 biji bonang, bentuknya sama sahaja dengan caklempong tingkah.
Gendang ibu dan anak - terdapat dalam 2 saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak.
Bangsi- berbentuk seperti rekorder. diperbuat daripada buluh dengan & lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh.
Serunai- terdiri daripada pupuik gadang dan pupuik tanduk.
Notasi dan skel caklempong
20 minit sebelum berakhirnya kelas, kami telah dibawa ke bilik gamelan untuk merasai sendiri bagaimana cara untuk bermain gamelan di mana suatu perkara yang menarik kerana dapat menambah ilmu yang sedia ada dan juga dapat memberi pendedahan baru kepada rakan jurusan lain bermain dan merasai sendiri alat muzik gamelan, walaupun kali pertama bermain gamelan kelihatan mereka semua dapat bermain dengan baik walaupun pada waktu yang sekejap. Syabas buat kalian ....
Jumpa lagi nanti.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
1 comments:
jangan sedih ya salwa...... teruskan perjuangan anda!
Post a Comment