Saturday, August 21, 2010

Minggu 6: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua….



Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ke-6 pembelajaran muzik tradisional kita. Minggu ini tajuk yang dikupas ialah Kompang dan Mak Yung. Objektif pada minggu ini ialah sejarah mak yung dan sejarah kompang, persembahan dan alat muzik makyung dan kompang serta muzik mak yung dan kompang dari segi melodi, bentuk, irama, tempo dan rentak.

Pada pengenalan mak yung kami diterangkan mengenai kategori mak yung dari bentuk seni lakon sama seperti menora, mekmulung dan jikey. Mengikut kepada bentuk seni lakon yang sangat kuno ia dikatakan lagenda dan mitos di mana ia mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identiti dan keperluan dramatik yang berbeza disamping menggunakan pelakon manusia yang mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental untuk kisah penceritaan.

Makyung berasal dari Patani (Kerajaan Melayu Lama: Hikayat Patani) yang tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Sekitar 200 tahun dahulu, ia dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah di bawah Naungan Sultan Mohamad ke IV di Kampung Temenggung. Kota Bahru pula Tengku Temenggung Ghaffar yang bertanggungjawab di dalam sistem latihan, muzik dan kostum diperhalusi secara sistematik seterusnya bertukar dari Tradisi istana ke Tradisi rakyat (Folk Theater).

Terdapat dua jenis persembahan Mak Yung iaitu ritual dan persembahan. Untuk upacara ritual, ia dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan pemyembuhan penyakit diikuti persembahan sebagai sembah guru pada aras panggung sama dengan aras tanah. Persembahan pula, Lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah yang beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung manakala pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai (Theater In The Round).

Alat muzik utama mak yung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali yang mengandungi tambahan alat: seperti serunai, geduk dan canai. Rebab memainkan melodi utama dalam kategori kordofon (Kelas kecil Lute) yang berbadan kayu berbentuk segi tiga, muka badan menggunkan kulit perut lembu, bonggol kecil dipanggil ‘susu’ diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi.
Bentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sistem gongan (pusingan- jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong) yang dikawal oleh Tetawak dalam sistem gongan 8 bit, 16 bit, 32 bit. Iramanya pula menggunakan 4 timbre (pak, duh, cak, ting), gaya meningkah (interlocking) dan hampir semua lagu Makyung bertempo agak pelahan.




KOMPANG


Kompang Berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat (Timur Tengah) yang dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bender manakala di Indonesia dipanggil terbang atau rebana yang dibawa oleh Pedagang Arab kurun ke 13 Masihi. Kompang diklasifikasikan sebagai alat membaranofon dalam kelas dram kecil yang berfungsi kepada masyarakat Melayu untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian Islam, Maulidulrasul,dan Berkhatan. Masyarakat sosial kini pula menggunakan kompang untuk menyambut ketibaan pemimpin untuk acara rasmi.

Pada zaman dahulu, adab permainan kompang amat menitikberatkan pakaian yang hendak dipakai. Tidak boleh melentangkan kompang, melambung kompang dan meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. Komponen yang paling penting ialah belulang (kulit kambing betina) dan baluh (kayu nangka) untuk membentu kompang.




Fungsi permainan kompang ialah untuk mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban). Ia juga digunakan untuk mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar. Selain itu, kompang juga menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan disamping untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan serta pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi.

Permainan kompang terbahagi kepada 4 jenis yang umum iaitu Kompang Hadrah ( Negeri Perak ), Kompang Johor / Jawa, Kompang Eizhar ( Negeri Selangor ) dan Kompang Kelalang ( Negeri Melaka ). Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain seperti Saiz (cm) Umur (tahun). Saiz 30 cm 12 tahun dan ke bawah
manakala 32.5 cm 13 dan 14, 35 cm 15 dan 16 serta 37.5 cm dan 40 cm untuk orang dewasa.




Penjagaan kompang di dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama. Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

20 minit sebelum berakhirnya kuliah hari tersebut, En Amran telah menunjukan dan memberi peluang kepada semua pelajar melakukan praktikal bermain kompang. Begitu seronok dan memberangsangkan kerana rata-rata rakan yang dari kos lain baru pertama kali memegang kompang dan mempraktikannya. Syabas dan tahniah kerana anda semua berjaya melakukannya dengan begitu baik.

* bunyi itu nada, nada itu irama, irama itu muzik, muzik itu ekspresi dan ekspresi itu ilham.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Saturday, August 14, 2010

Minggu 5: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera….

Bertemu kita lagi dalam jurnal terbaru minggu ke-5. Rasa sedih bersarang dalam minda tatkala jurnal minggu 4 tidak sempat disiarkan, walaubagaimanapun post terbaru perlu diteruskan. Kelas pada hari isnin lalu begitu menyeronokan walaupun kondusi kesihatan saya tidak menentu ketika itu. Walaupun kurang sihat tetapi masih lagi dapat mengikuti pelajaran hari itu yang berfokuskan kepada tajuk Gamelan dan Caklempong. Objektifnya terbahagi kepada dua tetapi masih dalam bidang yang sama iaitu sejarah dan jenis-jenis gamelan dan caklempong, alat muzik gamelan dan caklempong serta sistem tornal, melodi, bentuk dan sturtur bagi gamelan dan caklempong. Hampir sama tetapi amat berbeza muzik tersebut.

Gamelan terbahagi kepada dua iaitu gamelan jawa dan gamelan melayu. Gamelan jawa bermaksud dipukul atau ditabuh kerana alatan muzik gamelan tergolong dalam kumpulan perkusi. Gamelan melayu pula lebih dikenali sebagai gamelan Terengganu dikategorikan sebagai Muzik Bentuk Tarian Utama. Pada asalnya gamelan Jawa dibawa masuk ke Pahang tetapi berpindah ke Terengganu dengan ikatan perkahwinan antara keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Bendahara pada awal abad ke-20. Identiti muzik gamelan jawa dan Terengganu berbeza dari segi penciptaan lagu baru dan sisitem tuning, instrumentasi serta melodi yang dihasilkan. Alat muzik yang digunakan pada gamelan melayu ialah gong ageng, gong suwuk, kenong, saron barun dan peking, gambang dan gendang manakala gamelan jawa menggunakan 9 alatan iaitu gendang, bonang/keromong, demung, saron barung, saron penerus/pekin, gambang, kenong, kempol dan gong. Gamelan jawa banyak digunakan untuk mengiringi Riong, Barungan dan Kuda Kepang.







Perbezaan dan persamaan gamelan Jawa dan gamelan Terengganu ialah:

Gamelan Terengganu/melayu

Gong Mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu
Gong kempol terdapat sesetangah lagu di mana gong kempol dimainkan pada detik pertama Contohnya, lagu Lenggang Kangkung dan detik keempat pada dua gatra akhir lagu, contohnya lagu Timang Burung. Dalam permainan
Kenong Dimainkan pada detik keempat setiap gatra.
Bonang barong Digunakan untuk membuka lagu dan memainkan melodi
Bonang penerus memainkan melodi seperti Bonang Barong. Bonang Penerus boleh juga dimainkan secara harmoni bersama Bonang Barong dengan cara membuat improvisasi irama dan melodi.
Peking alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada tanduk haiwan berbentuk penukul . Saron Penerus diketuk secara gandaan dan biasanya memainkan not kuaver.
Saron demung Memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada kayu berbentuk penukul
Gambang Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf , contohnya 1 dan i, 2 dan 2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang memainkan not kuaver
Gendang Gendang adalah alat yang dimainkan untuk mengawal tempo lagu dan dipukul dengan menggunakan dua tapak tangan

Gamelan Jawa

Mengeluarkan pic paling rendah dan dimainkan pada akhir frasa lagu untuk menandakan satu pusingan lengkap lagu
gong kempol dimainkan pada detik kedua pada gatra kedua akhir sebelum gong menghabiskan satu pusingan lagu.
Dimainkan pada detik keempat setiap gatra.
Dimainkan untuk membuka lagu dan dimainkan bagi detik pertama dan ketiga dalam setiap gatra, mipil dan gembiang
memainkan not sinkopasi (up-beat),secara ‘call and respon’ (soal jawab) kepada Bonang Barong
alat yang memainkan melodi utama yang diketuk menggunakan pengetuk yang dibuat daripada tanduk haiwan berbentuk penukul . Saron Penerus diketuk secara gandaan dan biasanya memainkan not kuaver.
Dimainkan pada detik kedua dan keempat
Gambang memainkan melodi lagu. Ia dimainkan dengan mengetuk notasi satu oktaf , contohnya 1 dan i, 2 dan 2’ secara gandaan, contohnya, 2/2’,3/3’. Biasanya gambang memainkan not kuaver
Gendang adalah alat yang dimainkan untuk mengawal tempo lagu dan dipukul dengan menggunakan dua tapak tangan

Caklempong

Dikenali sebagai telempong, tak lempong dan telempong. Terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah dan Jelebu Negeri Sembilan. Asal caklempong ialah Minangkabau di mana ia digunakan untuk mengiringi nyanyian, tarian lilin, majlis perkahwinan dan keramaian serta tarian randai.

Alat muzik caklempong terdiri daripada:

 gereteh- 15 biji bonang yang disusun dalam C Major satu oktaf, termasuk 7 not pilihan.
 tingkah- Terdiri daripada 8 biji bonang yang bermula dari not E,F,G,A,Bb,B,C dan D
 Sauwa/saua- 8 biji bonang, bentuknya sama sahaja dengan caklempong tingkah.
 Gendang ibu dan anak - terdapat dalam 2 saiz. Gendang ibu lebih kurang 2 sentimeter lebih besar daripada gendang anak.
 Bangsi- berbentuk seperti rekorder. diperbuat daripada buluh dengan & lubang jari yang dapat menghasilkan skel 7 pic yang berpadanan dengan nada gereteh.
 Serunai- terdiri daripada pupuik gadang dan pupuik tanduk.

Notasi dan skel caklempong







20 minit sebelum berakhirnya kelas, kami telah dibawa ke bilik gamelan untuk merasai sendiri bagaimana cara untuk bermain gamelan di mana suatu perkara yang menarik kerana dapat menambah ilmu yang sedia ada dan juga dapat memberi pendedahan baru kepada rakan jurusan lain bermain dan merasai sendiri alat muzik gamelan, walaupun kali pertama bermain gamelan kelihatan mereka semua dapat bermain dengan baik walaupun pada waktu yang sekejap. Syabas buat kalian ....


Jumpa lagi nanti.
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago

Blog pelajar kump. B

Blog pelajar kump. C

SMP2252 SALWA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template