Monday, October 18, 2010

Minggu 14: Jurnal Refleksi

Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana banyak membantu dalam menyiapkan setiap tugasan terutamanya berkaitan Blog Individu Muzik Tradisional Malaysia (SMP 2252). Pelbagai kenangan manis dan pahit ditempuh untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang mengambil subjek ini sehinggakan apabila dikenang kembali banyak yang dapat membuatkan kita ketawa bersama. Kenangan di SMP 2252 kekal abadi selamanya.

Saya hadir ke kuliah ini pada minggu kedua apabila urusan menambah kursus berjaya dilakukan. Terkejut pada mulanya kerana pembelajaran semua berasaskan teknologi iaitu blog dan facebook. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh saya ketika hendak membuat blog. Biasalah pertama kali dalam sejarah membuat blog sendiri kan lagi-lagi melibatkan markah. Pada dasarnya saya rasa sukar untuk membuat blog kerana tidak pernah tahu langsung dan mengetahui mengenainya. Tetapi dengan bantuan En Amran dan rakan-rakan akhirnya saya berjaya menghasilkan blog yang dikehendaki. Alhamdulillah.

Minggu ketiga bermulalah pembelajaran dan penulisan jurnal di blog. Saya berasa amat sukar pada mulanya kerana tidak tahu hendak post dan menulis maklumat yang diberikan.Untuk letak gambar, video dan lain-lain juga tidak tahu. Orang kata naïf lah ketika ini. Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan atas bantuan rakan-rakan dan En Amran maka terurai lah permasalahn ini dan berjayalah saya melakukankanya,. Maka terhasilah jurnal pertama saya di blog.

Dari minggu ke minggu saya mula selesa dengan blog ini dan cara penulisan jurnal yang dikehendaki pensyarah. Rasa remeh dan renyah kerana masalah kekangan masa dan line internet yang sukar untuk diperoleh. Kepekaan dituntut kerana setiap maklumat, pengumuman dan soalan dipaparkan di blog. Pada saya memang sukar atas sebab-sebab berikut tetapi ada usaha ada daya maka terlaksana jua tuntutan ini.

Cara baru ini bagus kerana setiap perkara dan rencana yang dilakukan semuanya dipaparkan. Ini memudahkan kami untuk memperoleh dan berkongsi maklumat. Selain maklumat, kami juga deapat menambah banyak ilmu berkaitan teknologi selari dengan perkembangan sekarang yang semuanya meletakkan maklumat dihujung jari.

Di sini saya mencadangkan agar perlaksanaan ini diteruskan tetapi perlu ada penambahbaikan selaras dengan masa dan permasalahan lain. Pensyarah menggunakan elemen yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Akhir kata, selamat berjaya dan selamat menduduki peperiksaan SMP 2252 dengan jayanya. Terima kasih atas segalanya, jasamu di kenang….moga bertemu kembali di lain waktu dan ketika. Wassalam





Teruskan Membaca...

Minggu 12: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia untuk semua.

Minggu ini merupakan minggu terakhir pembentangan. Kumpulan pertama yang membentang adalah pengulangan dari tajuk Opera Cina dan Po Te Hi untuk pembaikpulih hasil mereka terdahulu dan diikuti pembentagan bertajuk muzik Sabah dan Sarawak. Klasifikasi mengenai opera cina masih sama tetapi ditambah dengan cerita opera tersebut di mana pelakon-pelakonya dibezakan watak dengan warna lukisan yang membawa maksud sifat-sifat pelakon tersebut. Kajian lapangan dilakukan di Aswara. Maklumat khusus tidak ada tetapi masih boleh menjelaskanya. Jalan cerita dan elemen yang diterapkan di dalam Opera Cina dan Po Te Hi sama sahaja tetapi berbeza kaedah kerana Po Te Hi ialah patung kecil yang digerakan menggunakan jari tangan sahaja yang tidak melibatkan ramai orang dan prop.



Pembentangan kedua bertajuk Muzik Sabah dan Sarawak

Maklumat dan cara penyampaian pembentang agak terbatas apabila mereka seolah-olah teragak-agak untuk memberi hujah. Banyak kecelaruan antara pembentang sehingga maklumat yang dipaparkan penerangannya dibantu oleh rakan dari Sabah dan Sarawak. Maklumat yang diberikan juga hanya secara umum dan tidak mencukupi. Banyak yang perlu diperbaiki oleh kumpulan ini. Walaupun begitu tahniah di ucapkan. Teruskan perjuangan anda.




Teruskan Membaca...

Minggu 11: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibah 1 Malaysia

Pembentangan kali ini adalah kali kedua kumpulan 5 mengenai Muzik Ghazal. Maklumat yang disampaikan lebih terperinci dan jelas mengenai perbezaan dan elemen-elemen yang terdapat pada Ghazal Parti dan Ghazal Johor. Hasil kerja lapangan mereka juga dipertontonkan dan penambahbaikan yang dilakukan amat ketara tetapi harap slide di semak sebelum ditunjukan kerana terdapat kesilapan ejaan dan klasifikasi maklumat ada yang terbalik dan mengelirukan sedikit. Apapun tahniah kerana usaha kali ini memang bagus. Kumpulan ini amat bertuah kerana ketika pembentangan, kelas ini telah dikunjungi pelajar dan guru-guru dari SMK Malim, Melaka yang terdiri daripada pelajar muzik sekolah tersebut. Pelbagai soalan yang diutarakan mereka untuk mendapat keterangan lebih lanjut mengenai tajuk hari ini. Soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik oleh pembentang.



Teruskan Membaca...

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Asslamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia buat semua.

Pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan tajuk Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli.



Muzik Klasik India.

Bermula pada abad ke-2 masihi yang merupakan muzik tertua yang berkembang selepas berlakunya migrasi Bangsa Arya ke India pada 1500sm. Ia menjadi symbol kepada keagungan dan penghormatan selepas abad ke-20. Dipercayai bahawa muzik ini tercipta hasil pemujaan para dewa dewi. Alat muzik terbahagi kepada empat iaitu Tantrigad, Anandha, Sushir dan Ghan. Maklumat yang diberikan pembentang lengkap dengan pembahagian maka memudahkan saya untuk memahami apa itu muzik Klasik India secara terperinci.



Muzik Orang Asli

Kumpulan ini menyentuh Muzik Sewang dalam pemebntangan mereka. Muzik Sewang di menjadi turun temurun masyarakat orang asli Senoi dan Negrito. Muzik ini berasakan muzik,tarian, nyanyian solo dan beramai-ramai yang berunsurkan amalan ritual berkaitan kehadiran hantu dan gunik. Kebiasaanya, muzik ini dimainkan 7 hari 7 malam berturut-turut tanpa sebarang bunyi. Menurut pembentang, sukar untuk mengkaji muzik Orang Asli kerana mereka mempunyai etnik yang berbeza-beza. Maklumat yang diperoleh mereka adalah daripada muzium orang asli. Tahniah kerana memberi hujah dengan baik.
Teruskan Membaca...

Minggu 9: Jurnal Refleksi

Asalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia serta Salam lebaran untuk semua.



Pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan dengan tajuk Ghazal dan Opera Cina. Terdapat dua jenis Ghazal yang terkenal di Malaysia iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti. Ghazal Johor terkenal dengan muzik tradisional asli manakala Ghazal Parti terkenal dengan elemen-elemen lawak, nyanyian dan tarian yang diselitkan ketika persembahan di utara tanah air terutamanya di Pulau Pinang dan Kedah. Hasil pembentangan kurang memuaskan kerana terdapat fakta yang diberikan kurang tepat dan ada sedikit kesilapan maklumat tetapi penambahbaikan yang bakal dilakukan akan dapat merungkai pemasalahan ini. Kekangan masa dan tiada kerja lapangan yang dilakukan mungkin menjadi sebab perkara ini berlaku. Walaubagaimanapun cara pembentang memberi hujah amat baik.





Kumpulan kedua pula membentangkan mengenai Opera Cina. Opera bererti teater muzikal iaitu cara persembahanya disampaikan dalam bentuk nyanyian dan lagu yang menjadi rutin kepada persembahan kaum Cina. Maklumat yang diperoleh oleh kumpulan ini amat terbatas kerana hanya bersumberkan kepada maklumat internet sahaja. Mereka perlu memperluaskan maklumat dan kajian terperinci perlu dijalankan agar mereka dapat berhujah dengan yakin dan tepat. Ulasan mereka terlalu umum sehingga pensyarah menasihatkan mereka agar maklumat mereka perlu menjurus kepada opera cina berdasarkan muzik tradisional Malaysia dan membuat perbandingan dengan opera luar secara jitu.



Akhir kata, semua kumpulan telah membuat pembentangan dengan baik. Nampak hasil usaha yang dilakukan walaupun lebih banyak perincian dan pembetulan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan yang berlaku. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anda semua.
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago

Blog pelajar kump. B

Blog pelajar kump. C

SMP2252 SALWA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template