Saturday, July 31, 2010

Minggu ke-3: Refleksi Jurnal

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Pada minggu ketiga, pembelajaran muzik tradisional telah memfokuskan kepada 3 objektif iaitu kaedah klasifikasi muzik tradisional Malaysia, kategori muzik tradisional Malaysia dan ciri-ciri muzik tradisional Malaysia di mana ia berkesinambungan dengan topik minggu kedua.

Berdasarkan perspektif adaptasi dan indiosinkretik, kita dapat mengetahui bahawa adaptational iaitu berorganik ialah benda hidup di mana ia berlaku mengikut peredaran masa dan trend sesuatu tempat pada masa tersebut. Idiosinkretik pula ialah pengekalan gaya dan cara tanpa melakukan perubahan dalam aspek mode muzik dan prinsip akustik agar kestabilan unsure dan bentuk asal terjamin secara semula jadi. Ini kerana ciri-ciri masa tersebut mengalami perubahan melalui muzik, pakaian, cara persembahan, suara, pembuatan dan hiasan mengikut budaya waktu tersebut untuk memperoleh ekologi dan fisiologi yang selari serta menyokong kepada kesesuaian dan keselesaan muzik pada masa itu dengan tempat tersebut seperti di Malaysia Ghazal Johor, di Arab Ya Zuhur manakala di Indonesia Orkes Gambus. Asas permainan dan kaedah yang digunakan sama tetapi berbeza persembahan dan mode mengikut kesesuaian dan identiti masyarakat tersebut.



Pada umumnya, sesuatu instrument( alat muzik) yang dicipta untuk tujuan penghasilan muzik akan dimodifikasikan kerana pemuzik mengatur jenis alat muzik mengikut kesesuaian untuk menghasilkan bunyi dan suara. Daripada istilah tersebut, alat muzik tersebut boleh diklasifikasikan mengikut kategori tertentu seperti budaya Cina, India dan Barat yang mempunyai sistem penyusunan alat muzik yang tersendiri. Sebagai mana yang diketahui, Alat muzik Barat telah dikelaskan kepada tiga kategori iaitu alat perkusi, bertali dan tiupan (alat tiup kayu dan brass).




Muzik tradisional pula lebih popular dengan istilah muzik suatu kaum kerana kebiasaanya ciri-ciri muzik tersebut bergantung kepada budaya, adat dan penerimaan kaum itu sendiri mengikut identiti masyarakat mereka. Di negara kita, pada zaman dahulu golongan bangsawan sahaja yang memainkan alat muzik tradisional tetapi dengan peredaran masa yang berlaku rakyat biasa juga sudah mula memainkanya dan menikmati alunan muzik tradisional tersebut.



Pada dasarnya, kategori muzik tradisional terbahagi kepada dua iaitu tradisi besar yang meliputi budaya klasik dan istana manakala ciri kedua ialah tradisi kecil iaitu budaya rakyat itu sendiri. Daripada kategori di atas, telah di jumudkan bahawa terdapat empat kategori utama muzik tradisional iaitu muzik rakyat, muzik klsik, muzik sinkretik dan muzik kontemporari yang mempunyai 6 ciri seperti bentuk seni lakon utama, bentuk tarian utama, ensemble gendering, vocal dan instrumental solo, ensemble sosial popular dan ensemble lain.

Bentuk seni lakon utama ( Dramatari) mempunyai ciri-ciri teater dan muzik wilayah yang dikuasai alat muzik percussion dan chamber ensemble kerana mengutamakan alat idiofon dan membranofon manakala alat aerofon dan kordofon pula merupakan pemain melodi seperti Mak Yong, Wayang Kulit, Mekmulung, bangsawan, randai dan opera cina. Muzik bentuk Tarian Utama ( Dramatari) pula ialah tradisi muzik yang mengiringi tarian yang terbahagi kepada dua iaitu tradisi kesenian tinggi dan tradisi kesenian rakyat yang memerlukan pemuzik dan penari yang terlatih seperti Tarian Asyik, Joget Gamelan, Gamelan Jawa, Tarinai dan Zapin. Contoh tradisi kesenian rakyat ialah Ngajat, Datun Julud, Muzik Tarian Sumazau, Magarang dan Muzik Tarian Singa.



Stand Alone (mengiringi muzik bentuk tarian utama) ialah muzik ensemble gendering yang mengiringi aktiviti kerja, upacara dan ritual tertentu atau seni mempertahankan diri. Contohnya, Kompang, Hadrah, Rodat, Dabus, Gendang Keeling, Nobat, Caklempong, Huduk Apa, Bek Alu, Kesut, Tumbuk Kalang, Kertuk dan banyak lagi. Muzik vocal dan instrument solo pula melibatkan seluruh aspek masyarakat dan merupakan muzik iringan semasa meraikan anak yang baru lahir, sosiolisasi dan funeral yang merupakan sastera lisan melalui nyayian, genealogi (salasilah) kalangan kaum serta mempunyai daya kreatif dan kemahiran gaya hidup masyarakat seperti vocal iaitu zikir, lagu menyambut tetamu (kayan), pantun (kenyah), wa (berbentuk cerita – kaum kajang), kui (kisah penanaman padi) dan timang (Iban). Contoh instrumental termasuklah Organ Mulut (keluri, sompoton, seruling, suling, nabat) dan ziter (krem, satong, kecapi, sapeh, sundatang, gagayan).


Muzik ensemble sosial popular ialah cenderung sebagai hiburan, keramaian dan perayaan . Ia juga menghasilkan muzik sinkretik, mengiringi tarian ronggeng, nyayian dalam keroncong dan ghazal serta perbalasan pantun seperti dondang sayang dan dikir barat. Kemudian muzik ini mempunyai unsure muzik budaya luar yang bercantum dengan unsure muzik tempatan seperti ronggeng, dondang sayang, keroncong, dikir barat dan okestra cina moden ( Huayue Tuan).



Ciri terakhir ialah muzik bentuk lain. Terdapat pelbagai genre muzik di Malaysia masih belum diselidik, didokumentasi dan dianalisis secara mendalam seperti jiduran berundai (Kedah), barongan dan bongai (Negeri Sembilan) manakala bentuk seni lakon seperti rodat, hadrat, ghazal (ensemble sinkretik, muzik yang berkaitan dengan seni penceritaan (randai), tok slampit (diiringi rebab 3 tali), awing batil, jubang linggang(bentuk nyanyian tanpa alat muzik), Kaba ( minangkabau rebab), boria, okestra klasik India, muzik masyarakat portugis Melaka dan banyak lagi.



Kesimpulanya, muzik adalah satu dari hasil seni luahan rasa manusia untuk menggambarkan identiti bagi menunjukan sikap sesuatu kaum dan masyarakat tersebut. Masyarakat di Malaysia mempunyai seni muzik yang tersendiri dan unik berdasarkan keadaan negara Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan etnik. Oleh itu, kita sebagai pewaris negara mestilah mempertahankan muzik tradisional kita agar tidak hilang di mata dunia walaupun Negara kita masih ketinggalan dari segi pemuliharaan dan pembangunan muzik ini berbanding Negara luar agar budaya kita terpelihara dengan baik.


* bunyi itu nada, nada itu irama, irama itu muzik, muzik itu ekspresi dan ekspresi itu ilham.


Sekian, terima kasih.

2 comments:

SMP2252 SALWA on July 31, 2010 at 10:40 PM said...

gambar akan di upload nanti
ada mslh cikit sebb 2 hanya ayat shj wat masa ini
tq

Marlin on August 2, 2010 at 3:09 AM said...

Ulasan yang menarik Salwa. Saya tidak sabar melihat gambar dan video yang anda akan upload nanti. Ianya akan membantu memudahkan pembaca untuk memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan. Teruskan usaha.

Post a Comment

 

Blog pelajar kump. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago

Blog pelajar kump. B

Blog pelajar kump. C

SMP2252 SALWA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template