Monday, October 18, 2010

Minggu 14: Jurnal Refleksi

Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris

Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana banyak membantu dalam menyiapkan setiap tugasan terutamanya berkaitan Blog Individu Muzik Tradisional Malaysia (SMP 2252). Pelbagai kenangan manis dan pahit ditempuh untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang mengambil subjek ini sehinggakan apabila dikenang kembali banyak yang dapat membuatkan kita ketawa bersama. Kenangan di SMP 2252 kekal abadi selamanya.

Saya hadir ke kuliah ini pada minggu kedua apabila urusan menambah kursus berjaya dilakukan. Terkejut pada mulanya kerana pembelajaran semua berasaskan teknologi iaitu blog dan facebook. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh saya ketika hendak membuat blog. Biasalah pertama kali dalam sejarah membuat blog sendiri kan lagi-lagi melibatkan markah. Pada dasarnya saya rasa sukar untuk membuat blog kerana tidak pernah tahu langsung dan mengetahui mengenainya. Tetapi dengan bantuan En Amran dan rakan-rakan akhirnya saya berjaya menghasilkan blog yang dikehendaki. Alhamdulillah.

Minggu ketiga bermulalah pembelajaran dan penulisan jurnal di blog. Saya berasa amat sukar pada mulanya kerana tidak tahu hendak post dan menulis maklumat yang diberikan.Untuk letak gambar, video dan lain-lain juga tidak tahu. Orang kata naïf lah ketika ini. Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan atas bantuan rakan-rakan dan En Amran maka terurai lah permasalahn ini dan berjayalah saya melakukankanya,. Maka terhasilah jurnal pertama saya di blog.

Dari minggu ke minggu saya mula selesa dengan blog ini dan cara penulisan jurnal yang dikehendaki pensyarah. Rasa remeh dan renyah kerana masalah kekangan masa dan line internet yang sukar untuk diperoleh. Kepekaan dituntut kerana setiap maklumat, pengumuman dan soalan dipaparkan di blog. Pada saya memang sukar atas sebab-sebab berikut tetapi ada usaha ada daya maka terlaksana jua tuntutan ini.

Cara baru ini bagus kerana setiap perkara dan rencana yang dilakukan semuanya dipaparkan. Ini memudahkan kami untuk memperoleh dan berkongsi maklumat. Selain maklumat, kami juga deapat menambah banyak ilmu berkaitan teknologi selari dengan perkembangan sekarang yang semuanya meletakkan maklumat dihujung jari.

Di sini saya mencadangkan agar perlaksanaan ini diteruskan tetapi perlu ada penambahbaikan selaras dengan masa dan permasalahan lain. Pensyarah menggunakan elemen yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Akhir kata, selamat berjaya dan selamat menduduki peperiksaan SMP 2252 dengan jayanya. Terima kasih atas segalanya, jasamu di kenang….moga bertemu kembali di lain waktu dan ketika. Wassalam





Teruskan Membaca...

Minggu 12: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia untuk semua.

Minggu ini merupakan minggu terakhir pembentangan. Kumpulan pertama yang membentang adalah pengulangan dari tajuk Opera Cina dan Po Te Hi untuk pembaikpulih hasil mereka terdahulu dan diikuti pembentagan bertajuk muzik Sabah dan Sarawak. Klasifikasi mengenai opera cina masih sama tetapi ditambah dengan cerita opera tersebut di mana pelakon-pelakonya dibezakan watak dengan warna lukisan yang membawa maksud sifat-sifat pelakon tersebut. Kajian lapangan dilakukan di Aswara. Maklumat khusus tidak ada tetapi masih boleh menjelaskanya. Jalan cerita dan elemen yang diterapkan di dalam Opera Cina dan Po Te Hi sama sahaja tetapi berbeza kaedah kerana Po Te Hi ialah patung kecil yang digerakan menggunakan jari tangan sahaja yang tidak melibatkan ramai orang dan prop.



Pembentangan kedua bertajuk Muzik Sabah dan Sarawak

Maklumat dan cara penyampaian pembentang agak terbatas apabila mereka seolah-olah teragak-agak untuk memberi hujah. Banyak kecelaruan antara pembentang sehingga maklumat yang dipaparkan penerangannya dibantu oleh rakan dari Sabah dan Sarawak. Maklumat yang diberikan juga hanya secara umum dan tidak mencukupi. Banyak yang perlu diperbaiki oleh kumpulan ini. Walaupun begitu tahniah di ucapkan. Teruskan perjuangan anda.




Teruskan Membaca...

Minggu 11: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam muhibah 1 Malaysia

Pembentangan kali ini adalah kali kedua kumpulan 5 mengenai Muzik Ghazal. Maklumat yang disampaikan lebih terperinci dan jelas mengenai perbezaan dan elemen-elemen yang terdapat pada Ghazal Parti dan Ghazal Johor. Hasil kerja lapangan mereka juga dipertontonkan dan penambahbaikan yang dilakukan amat ketara tetapi harap slide di semak sebelum ditunjukan kerana terdapat kesilapan ejaan dan klasifikasi maklumat ada yang terbalik dan mengelirukan sedikit. Apapun tahniah kerana usaha kali ini memang bagus. Kumpulan ini amat bertuah kerana ketika pembentangan, kelas ini telah dikunjungi pelajar dan guru-guru dari SMK Malim, Melaka yang terdiri daripada pelajar muzik sekolah tersebut. Pelbagai soalan yang diutarakan mereka untuk mendapat keterangan lebih lanjut mengenai tajuk hari ini. Soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik oleh pembentang.



Teruskan Membaca...

Minggu 10: Jurnal Refleksi

Asslamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia buat semua.

Pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan tajuk Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli.



Muzik Klasik India.

Bermula pada abad ke-2 masihi yang merupakan muzik tertua yang berkembang selepas berlakunya migrasi Bangsa Arya ke India pada 1500sm. Ia menjadi symbol kepada keagungan dan penghormatan selepas abad ke-20. Dipercayai bahawa muzik ini tercipta hasil pemujaan para dewa dewi. Alat muzik terbahagi kepada empat iaitu Tantrigad, Anandha, Sushir dan Ghan. Maklumat yang diberikan pembentang lengkap dengan pembahagian maka memudahkan saya untuk memahami apa itu muzik Klasik India secara terperinci.



Muzik Orang Asli

Kumpulan ini menyentuh Muzik Sewang dalam pemebntangan mereka. Muzik Sewang di menjadi turun temurun masyarakat orang asli Senoi dan Negrito. Muzik ini berasakan muzik,tarian, nyanyian solo dan beramai-ramai yang berunsurkan amalan ritual berkaitan kehadiran hantu dan gunik. Kebiasaanya, muzik ini dimainkan 7 hari 7 malam berturut-turut tanpa sebarang bunyi. Menurut pembentang, sukar untuk mengkaji muzik Orang Asli kerana mereka mempunyai etnik yang berbeza-beza. Maklumat yang diperoleh mereka adalah daripada muzium orang asli. Tahniah kerana memberi hujah dengan baik.
Teruskan Membaca...

Minggu 9: Jurnal Refleksi

Asalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia serta Salam lebaran untuk semua.



Pada minggu ini pembentangan diteruskan lagi dengan dengan tajuk Ghazal dan Opera Cina. Terdapat dua jenis Ghazal yang terkenal di Malaysia iaitu Ghazal Johor dan Ghazal Parti. Ghazal Johor terkenal dengan muzik tradisional asli manakala Ghazal Parti terkenal dengan elemen-elemen lawak, nyanyian dan tarian yang diselitkan ketika persembahan di utara tanah air terutamanya di Pulau Pinang dan Kedah. Hasil pembentangan kurang memuaskan kerana terdapat fakta yang diberikan kurang tepat dan ada sedikit kesilapan maklumat tetapi penambahbaikan yang bakal dilakukan akan dapat merungkai pemasalahan ini. Kekangan masa dan tiada kerja lapangan yang dilakukan mungkin menjadi sebab perkara ini berlaku. Walaubagaimanapun cara pembentang memberi hujah amat baik.





Kumpulan kedua pula membentangkan mengenai Opera Cina. Opera bererti teater muzikal iaitu cara persembahanya disampaikan dalam bentuk nyanyian dan lagu yang menjadi rutin kepada persembahan kaum Cina. Maklumat yang diperoleh oleh kumpulan ini amat terbatas kerana hanya bersumberkan kepada maklumat internet sahaja. Mereka perlu memperluaskan maklumat dan kajian terperinci perlu dijalankan agar mereka dapat berhujah dengan yakin dan tepat. Ulasan mereka terlalu umum sehingga pensyarah menasihatkan mereka agar maklumat mereka perlu menjurus kepada opera cina berdasarkan muzik tradisional Malaysia dan membuat perbandingan dengan opera luar secara jitu.



Akhir kata, semua kumpulan telah membuat pembentangan dengan baik. Nampak hasil usaha yang dilakukan walaupun lebih banyak perincian dan pembetulan perlu dilakukan bagi mengatasi masalah kekurangan yang berlaku. Tahniah dan syabas diucapkan kepada anda semua.
Teruskan Membaca...

Friday, September 3, 2010

Minggu 8: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam merdeka!!!






Pembentangan tetap diteruskan walaupun ramai yang telah pulang ke kampung untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Pada minggu ini kami didedahkan dengan Boria. Seperti mana yang kita ketahui Boria adalah identiti negeri Pulau Pinang.

Boria berasal daripada peristiwa karbala ( peristiwa pembunuhan Saidina Hussein r.a oleh Muawiyah bin Abi Suffian ). Diperkenalkan oleh golongan Syiah yang mengadakan upacara perkabungan khusus yang dikenali sebagai takziya. Lakonan dibuat untuk memperingati peristiwa pembunuhan itu iaitu penyair akan mendendangkan syair-syair mengisahkan Saidina Hussein r.a. Sarjana berpendapat perkataan “Boria” berasal dari perkataan Hindustan yang membawa maksud “tikar”. Pendapat lain pula mengatakan perkataan “Boria” berasal dari perkataan “borai” iaitu daripada bahasa Hindustan yang bermaksud “gila” atau “sasau”. Kerana pakaina dan kelakuan pemain semasa persembahan seperti orang gila.

Terdapat 2 segmen boria yang dipersembahkan iaitu Lakonan (sketsa dan Nyayian.Pertama ialah Sketsa lucu atau lawak jenaka yang terdiri daripada 10-14orang pelakon. Tema cerita dikisahkan secara lawak jenaka dan komedi iaitu slapstick dengan dialog yang dimprovasasikan.
Cara kedua ialah Nyanyian vokal dan tarian. Dimainkan oleh peserta korus (kelasi/ sailor) dan penyanyi solo (tanjung karang) seramai 30-40 peserta. Ia bermula dengan muzik instrumental yang berasaskan irama dan rentak cha-cha, slow rhumba atau tarian popular barat. Mempunyai rangkap yang dinyanyikan berstuktur 4 baris senikata dengan skema rima yang tetap/ ejaan yang sama dengan lagu yang dimainkan berselang seli sehingga 12- 20 rangkap.

Pada asalnya, alat muzik yang digunakan ialah violin, simbal, tabla, harmonika, akordian, gendang, gambus dan marwas tetapi pada zaman moden ini alat yang digunakan ialah drum set, sexaphone, gitar elektrik, clarinet, violin dan organ.

Syabas diucapkan kepada pembentang hari ini walaupun ketiadaan lagi 2 orang ahli mereka yang telah pulang ke kampung. Sungguh menarik tetapi tidak cukup mantap hujah yang diberikan. Maklumat yang diberikan terlalu general dan sering diperkatakan mungkin disebabkan tiada rujukan khas seperti kerja lapangan. Walaubagaimanapun, hujah yang diberikan amat membantu pembelajaran kita semua. Good job...teruskan perjuangan bersama......

Akhir kata, Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin....Jumpa lagi selepas ini

* bunyi itu nada, nada itu irama, irama itu muzik, muzik itu ekspresi dan ekspresi itu ilham.
Teruskan Membaca...

Saturday, August 21, 2010

Minggu 6: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera buat semua….



Pejam celik pejam celik sudah masuk minggu ke-6 pembelajaran muzik tradisional kita. Minggu ini tajuk yang dikupas ialah Kompang dan Mak Yung. Objektif pada minggu ini ialah sejarah mak yung dan sejarah kompang, persembahan dan alat muzik makyung dan kompang serta muzik mak yung dan kompang dari segi melodi, bentuk, irama, tempo dan rentak.

Pada pengenalan mak yung kami diterangkan mengenai kategori mak yung dari bentuk seni lakon sama seperti menora, mekmulung dan jikey. Mengikut kepada bentuk seni lakon yang sangat kuno ia dikatakan lagenda dan mitos di mana ia mempunyai asas yang sama tetapi dibentuk melalui identiti dan keperluan dramatik yang berbeza disamping menggunakan pelakon manusia yang mengutamakan dialog, tarian, muzik vokal dan instrumental untuk kisah penceritaan.

Makyung berasal dari Patani (Kerajaan Melayu Lama: Hikayat Patani) yang tersebar luas di Semenanjung Malaysia, Medan dan Kepulauan Riau-Lingga di Indonesia. Sekitar 200 tahun dahulu, ia dipindah ke Kelantan dan terus dibawa ke Kedah di bawah Naungan Sultan Mohamad ke IV di Kampung Temenggung. Kota Bahru pula Tengku Temenggung Ghaffar yang bertanggungjawab di dalam sistem latihan, muzik dan kostum diperhalusi secara sistematik seterusnya bertukar dari Tradisi istana ke Tradisi rakyat (Folk Theater).

Terdapat dua jenis persembahan Mak Yung iaitu ritual dan persembahan. Untuk upacara ritual, ia dipersembahkan melalui Main Puteri untuk tujuan pemyembuhan penyakit diikuti persembahan sebagai sembah guru pada aras panggung sama dengan aras tanah. Persembahan pula, Lantai panggung didirikan beberapa kaki dari atas tanah yang beratap dan ruang berlakon di tengah-tengah panggung manakala pemuzik dan pelakon yang mengambil peranan sebagai korus duduk di tepi lantai (Theater In The Round).

Alat muzik utama mak yung ialah sepasang gendang, sepasang tetawak dan sebuah rebab 3 tali yang mengandungi tambahan alat: seperti serunai, geduk dan canai. Rebab memainkan melodi utama dalam kategori kordofon (Kelas kecil Lute) yang berbadan kayu berbentuk segi tiga, muka badan menggunkan kulit perut lembu, bonggol kecil dipanggil ‘susu’ diperbuat daripada lilin lebah berfungsi meredam bunyi.
Bentuk dan struktur lagu-lagu Makyung ditentukan dalam sistem gongan (pusingan- jangka masa tertentu yang ditentukan dengan pic-pic gong) yang dikawal oleh Tetawak dalam sistem gongan 8 bit, 16 bit, 32 bit. Iramanya pula menggunakan 4 timbre (pak, duh, cak, ting), gaya meningkah (interlocking) dan hampir semua lagu Makyung bertempo agak pelahan.




KOMPANG


Kompang Berasal dari kebudayaan Arab di Asia Barat (Timur Tengah) yang dikenali sebagai dufuf, daff, duff, tar atau bender manakala di Indonesia dipanggil terbang atau rebana yang dibawa oleh Pedagang Arab kurun ke 13 Masihi. Kompang diklasifikasikan sebagai alat membaranofon dalam kelas dram kecil yang berfungsi kepada masyarakat Melayu untuk meraikan perkahwinan, majlis keraian Islam, Maulidulrasul,dan Berkhatan. Masyarakat sosial kini pula menggunakan kompang untuk menyambut ketibaan pemimpin untuk acara rasmi.

Pada zaman dahulu, adab permainan kompang amat menitikberatkan pakaian yang hendak dipakai. Tidak boleh melentangkan kompang, melambung kompang dan meletakkan arah kulit muka kompang ke lantai. Komponen yang paling penting ialah belulang (kulit kambing betina) dan baluh (kayu nangka) untuk membentu kompang.




Fungsi permainan kompang ialah untuk mengiringi aktiviti vokal seperti nyanyian solo atau kumpulan secara ensemble (nasyid, marhaban). Ia juga digunakan untuk mengarak pengantin, kanak-kanak berkhatan, berkhatam Quran, dan upacara rasmi yang melibatkan pembesar. Selain itu, kompang juga menjadi elemen permainan ensembel lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, cak lempong, cak lempong pacik dan gamelan disamping untuk merangsang semangat pasukan yang bertanding, contohnya pasukan bola sepak bagi memeriahkan acara sukan serta membuat gimik sorakan serta pertandingan – paluan kompang dan kompang formasi.

Permainan kompang terbahagi kepada 4 jenis yang umum iaitu Kompang Hadrah ( Negeri Perak ), Kompang Johor / Jawa, Kompang Eizhar ( Negeri Selangor ) dan Kompang Kelalang ( Negeri Melaka ). Kompang boleh diperolehi dalam saiz yang berlainan mengikut umur tertentu. Antara saiz kompang yang mengikut peringkat umur pemain seperti Saiz (cm) Umur (tahun). Saiz 30 cm 12 tahun dan ke bawah
manakala 32.5 cm 13 dan 14, 35 cm 15 dan 16 serta 37.5 cm dan 40 cm untuk orang dewasa.




Penjagaan kompang di dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya. Sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlu ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah seharusnya dijemur sehingga kering supaya tahan lebih lama. Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dengan berkeadaan muka kompang bertindan dengan permukaan lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini untuk mengelakkan kerosakan muka kompang apabila ditindani oleh baluh kompang.

20 minit sebelum berakhirnya kuliah hari tersebut, En Amran telah menunjukan dan memberi peluang kepada semua pelajar melakukan praktikal bermain kompang. Begitu seronok dan memberangsangkan kerana rata-rata rakan yang dari kos lain baru pertama kali memegang kompang dan mempraktikannya. Syabas dan tahniah kerana anda semua berjaya melakukannya dengan begitu baik.

* bunyi itu nada, nada itu irama, irama itu muzik, muzik itu ekspresi dan ekspresi itu ilham.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...
 

Blog pelajar kump. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago

Blog pelajar kump. B

Blog pelajar kump. C

SMP2252 SALWA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template