Saturday, July 24, 2010

Minggu 2: Jurnal Refleksi

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua

Pada minggu kedua ini, proses pembelajaran muzik tradisonal (smp 2252) yang berkaitan tentang soundscape, budaya, sejarah, kategori, dan struktur telah membuka mata saya untuk mengetahui dan mempelajari ilmu berkaitanya secara mendalam kerana isi kandungan pembelajaranya bukan sekadar mempelajari fizikal alatan seperti gambaran yang diterima sebelum ini. Aspek pembelajaranya tidak hanya tertakluk pada permainan muzik tradisional ini sahaja tetapi berkaitan dengan nilai-nilai estetika berdasarkan sejarah dan sulur galur kedatangan muzik ini ke Tanah Melayu pada zaman dulu kala.

Banyak ilmu-ilmu baru yang dapat saya perolehi pada pembelajaran minggu ini di mana saya lebih mengetahui tentang asal usul kedatangan muzik yang terdapat di Tanah Melayu dan bagaimana ia diadaptasi dengan budaya dan cara hidup yang terdapat di sini sehingga irama yang disusun dan dikompos menjadi satu bunyi yang amat merdu dan mengasyikan apabila kedengaran di halwa telinga kita. Setiap bunyi yang terhasil mempunyai cirinya yang tersendiri. Hasil yang kedengaran disekeliling dapat dibezakan kerana dalam kuliah ini saya di ajar untuk membezakan antara bunyi dan muzik disamping mengambil kira nilai estetika yang menjadi signifikan terhadap ciri dan budaya muzik tersebut. Mengikut kefahaman yang telah dipelajari, bunyi merupakan perkara yang kita dengar atau apa sahaja bunyi yang terhasil dari sesuatu objek manakala muzik pula adalah bunyi yang dicipta oleh manusia.

Selain itu, topik ini dimajukan dengan memperkenalkan 4 kategori alat muzik yang terbahagi kepada kordofon, membranafon, aerofon dan idiofon. Pembahagian ini tiada masalah kepada saya kerana setiap sem saya telah di ajar dan diperingatkan tentang ciri-ciri dan sifat kumpulan alat tersebut. Ini sedikit sebanyak telah menguatkan lagi ingatan saya terhadap kelas alat tersebut. Kemudian proses pembelajaran diteruskan dengan 6 struktur iaitu melodi, ritma, harmoni, bentuk, notasi dan ekspresi. Melodi ialah irama sesuatu lagu, ritma ialah rentak atau rhythm, harmoni ialah bunyi yang dihasilkan melalui gabungan ton / pic muzik, bentuk ialah gabungan dan susunan unsur-unsur muzik, notasi ialah symbol bertulis mewakili pic, jangka masa, susunan berirama ton muzik, dan ekpresi ialah mood dan perasaan sesuatu lagu. Subtopik ini juga telah membuatkan saya mengimbas kembali topik yang dipelajari ketika sem 1 yang membawa kesinambungan pada pembelajaran kali ini.

Kesimpulanya, mempelajari muzik tradisional ini amat berguna terutamanya kepada kami yang mengambil pendidikan muzik kerana ia memperincikan lagi kefahaman kami terhadap muzik tradisional daripada sejarah sehingalah fungsinya. Pembelajaran ini amat membantu ketika mengajar nanti kerana pendedahan dan input yang diberikan amat sesuai untuk digunakan ketika p&p di sekolah nanti kerana elemen yang diterapkan membuatkan kita lebih fokus dan beridentiti.


* bunyi itu nada, nada itu irama, irama itu muzik, muzik itu ekspresi, ekspresi itu ilham, ilham itu pencetus suasana

1 comments:

syitahbuang on July 25, 2010 at 3:45 AM said...

bagus jurnal...chayok kak wa..

Post a Comment

 

Blog pelajar kump. A

  • JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN - Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berakhir deng...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI MINGGU 14 - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah 14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik tradisiona...
    13 years ago
  • Jurnal Refleksi : Minggu 14 - Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu menye...
    13 years ago
  • MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI - Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita, En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14 dan mi...
    13 years ago
  • Reflesksi Keseluruhan - Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam kuliah-kuli...
    13 years ago
  • JURNAL REFLEKSI - Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang terhasil ada...
    13 years ago

Blog pelajar kump. B

Blog pelajar kump. C

SMP2252 SALWA Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template