Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 malaysia untuk semua.
Minggu ini merupakan minggu terakhir pembentangan. Kumpulan pertama yang membentang adalah pengulangan dari tajuk Opera Cina dan Po Te Hi untuk pembaikpulih hasil mereka terdahulu dan diikuti pembentagan bertajuk muzik Sabah dan Sarawak. Klasifikasi mengenai opera cina masih sama tetapi ditambah dengan cerita opera tersebut di mana pelakon-pelakonya dibezakan watak dengan warna lukisan yang membawa maksud sifat-sifat pelakon tersebut. Kajian lapangan dilakukan di Aswara. Maklumat khusus tidak ada tetapi masih boleh menjelaskanya. Jalan cerita dan elemen yang diterapkan di dalam Opera Cina dan Po Te Hi sama sahaja tetapi berbeza kaedah kerana Po Te Hi ialah patung kecil yang digerakan menggunakan jari tangan sahaja yang tidak melibatkan ramai orang dan prop.
Pembentangan kedua bertajuk Muzik Sabah dan Sarawak
Maklumat dan cara penyampaian pembentang agak terbatas apabila mereka seolah-olah teragak-agak untuk memberi hujah. Banyak kecelaruan antara pembentang sehingga maklumat yang dipaparkan penerangannya dibantu oleh rakan dari Sabah dan Sarawak. Maklumat yang diberikan juga hanya secara umum dan tidak mencukupi. Banyak yang perlu diperbaiki oleh kumpulan ini. Walaupun begitu tahniah di ucapkan. Teruskan perjuangan anda.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
3 comments:
anda begitu rajin upload video..syabas salwa..huraian anda begitu sedikit
betul Aisya...sedikit kerana semua maklumat yang anda perlukan untuk panduan ada dipaparkan di dalam blog group pembentang ini...sila layari web tersebut..tq
btl, banyak video..saya menonton semuanya..tahniah salwa
Post a Comment