Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran Aris
Pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua kerana banyak membantu dalam menyiapkan setiap tugasan terutamanya berkaitan Blog Individu Muzik Tradisional Malaysia (SMP 2252). Pelbagai kenangan manis dan pahit ditempuh untuk melaksanakan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang mengambil subjek ini sehinggakan apabila dikenang kembali banyak yang dapat membuatkan kita ketawa bersama. Kenangan di SMP 2252 kekal abadi selamanya.
Saya hadir ke kuliah ini pada minggu kedua apabila urusan menambah kursus berjaya dilakukan. Terkejut pada mulanya kerana pembelajaran semua berasaskan teknologi iaitu blog dan facebook. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh saya ketika hendak membuat blog. Biasalah pertama kali dalam sejarah membuat blog sendiri kan lagi-lagi melibatkan markah. Pada dasarnya saya rasa sukar untuk membuat blog kerana tidak pernah tahu langsung dan mengetahui mengenainya. Tetapi dengan bantuan En Amran dan rakan-rakan akhirnya saya berjaya menghasilkan blog yang dikehendaki. Alhamdulillah.
Minggu ketiga bermulalah pembelajaran dan penulisan jurnal di blog. Saya berasa amat sukar pada mulanya kerana tidak tahu hendak post dan menulis maklumat yang diberikan.Untuk letak gambar, video dan lain-lain juga tidak tahu. Orang kata naïf lah ketika ini. Tetapi berkat kesabaran dan kesungguhan atas bantuan rakan-rakan dan En Amran maka terurai lah permasalahn ini dan berjayalah saya melakukankanya,. Maka terhasilah jurnal pertama saya di blog.
Dari minggu ke minggu saya mula selesa dengan blog ini dan cara penulisan jurnal yang dikehendaki pensyarah. Rasa remeh dan renyah kerana masalah kekangan masa dan line internet yang sukar untuk diperoleh. Kepekaan dituntut kerana setiap maklumat, pengumuman dan soalan dipaparkan di blog. Pada saya memang sukar atas sebab-sebab berikut tetapi ada usaha ada daya maka terlaksana jua tuntutan ini.
Cara baru ini bagus kerana setiap perkara dan rencana yang dilakukan semuanya dipaparkan. Ini memudahkan kami untuk memperoleh dan berkongsi maklumat. Selain maklumat, kami juga deapat menambah banyak ilmu berkaitan teknologi selari dengan perkembangan sekarang yang semuanya meletakkan maklumat dihujung jari.
Di sini saya mencadangkan agar perlaksanaan ini diteruskan tetapi perlu ada penambahbaikan selaras dengan masa dan permasalahan lain. Pensyarah menggunakan elemen yang sama tetapi pendekatan yang berbeza. Akhir kata, selamat berjaya dan selamat menduduki peperiksaan SMP 2252 dengan jayanya. Terima kasih atas segalanya, jasamu di kenang….moga bertemu kembali di lain waktu dan ketika. Wassalam
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
13 years ago
10 comments:
jurnal refleksi yang menyentuh kalbu..
saya bersetuju dengan cadangan salwa yang mencadangkan agar perlaksanaan pendekatan pembelajaran seperti yang dilaksanakan dalam kursus smp2252 ini diteruskan dan ia juga harus diperkenalkan terhadap kursus yang lain dengan menggunakan elemen yang sama tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza mengikut kursus masing-masing. ini bagi memberi kemudahan ke[ada semua pihak. akan tetapi pihak ict juga perlu memainkan peranan yang penting sekiranya pendekatan ini ingin digunakan dalam semua kursus agar pendekatan yang ingin dilaksanakan ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.tahniah!! satu cadangan yang baik..
Satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih inovasi dalam mempersiapkan diri menuju negara maju menjelang tahun 2020 sejajar dengan matlamat yang telah digariskan dalam wawasan 2020. Namun begitu tanpa sokongan dari pelbagai pihak terutamanya pihak yang bertanggungjawab dalam penyelenggaraan bagi capaian "jalur lebar" ini, belum tentu hasrat dan usaha murni ini akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.
aspek tahap pencapaian jalur lebar yang memuaskan juga haruslah dipastikan ianya berjalan lancar sebelum idea ini dilestarikan.
Saya bersetuju dengan pendapat saudari agar dikekalkan kaedah ini serta menambah baikkan lagi apa yang kurang..=)
saya amat setuju agar kaedah pengajaran ini diteruskan. Bagus idea kita salwa. Saya juga mencadngkn perkara yang sama
ya,benar..dan sepatutnya kaedah ini telah lama dilaksanakan bagi memudahkan pelajar.
satu kajian yang menarik dan kreatif oleh En.Amran
good luck =)
Tapi perlu diingat, setiap kelebihan yang ada,pasti ada jua kekurangan....Perlulah bijak berfkir dalam membezakannya... Apa-apapun, saya amat setuju dengan pendapat anda semua...
Salam saudari salwa...Terima kasih kerana telah banyak membantu kami dalam memahami kursus. All The Best..
Post a Comment